Wednesday, October 20, 2010
Monday, October 11, 2010
Titing bulu ayam
Titing Bulu Ayam
Permainan titing bulu ayam terkenal sejak dahulu kala. Dapat dibanggakan, permainan
ini sampai kini masih menjadi pilihan untuk beriadah dan mengisi waktu lapang.
Biasanya kanak-kanak lelakilah yang suka benar dengan permainan ini. Lebih menarik
kerana permainan ini sesuai dimainkan bila-bila masa sahaja. Biasanya waktu petanglah
yang sesuai untuk bermain. Dari segi pemilihan tempat pula, seelok-eloknya biarlah
kawasan lapang agar pergerakan pemain tidak terbatas.

Buah titingbulu ayam.
Titing Bulu Ayam merupakan sejenis permainan tradisional yang dimainkan di Malaysia. Ia juga dikenali sebagai sebuyam atau chapteh.
BILANGAN PEMAIN:Ia lebih seronok dimainkan beramai-ramai atau berpasukan. Kalau dah tak ada, berdua pun jadilah. Dahulu, waktu petang di kampung-kampung, permainan inilah menjadi pilihan. Pemain tidak boleh marah, maka senda gurau tidak ketinggalan dan membuatkan gelanggang riuh rendah. Sekarang, walaupun tidak sekerap dahulu, kita masih dapat menyaksikan permainan warisan ini. Masih ada kanak-kanak yang menghidupkan permainan ini. Di sekolah, pada waktu rehat umpamanya, kedapatan murid-murid yang
menunjukkan kemahiran menimbang bulu ayam ini.
menunjukkan kemahiran menimbang bulu ayam ini.
Permainan ini boleh dimainkan secara berseorangan atau lebih. Sekiranya ia dimainkan secara berseorangan, pemain akan cuba menyepaknya seberapa banyak yang mungkin dan seberapa lama yang mungkin. Ini biasanya dikenali sebagai menimang. Menimang juga boleh dimainkan lebih daripada satu orang, dan pemain bergilir menimang bulu ayam, sementara pemain lain mengira berapa kali sepakan dibuat.
Sekiranya ia dimainkan lebih dari satu pemain, kumpulan dengan terdiri beberapa orang boleh dibentuk. Permainan ini adalah seperti permainan sepak raga, tetapi bola yang digunakan adalah dari bulu ayam yang telah dibentuk seperti sejambak bunga
Permainan ini dikenali juga sebagai sepak bulu ayam, sebuyam atau chapteh. Dimainkan di luar rumah oleh kanak-kanak lelaki seramai dua atau lebih. Jika terdapat ramai yang bermain, kumpulan dengan terdiri beberapa orang boleh dibentuk.
Permainan ini adalah seperti permainan sepak raga, tetapi bola yang digunakan adalah dari bulu ayam yang telah dibentuk seperti sejambak bunga.
TUJUAN TITING BULU AYAM:
a) untuk menguji kecekapan pemain mengawal
b) menimbang bola bulu ayam seberapa lama yang mungkin supaya bola itu tidak jatuh ke tanah.
Ø Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak lelaki yang berumur lingkungan umur sepuluh hingga tujuh belas tahun.
Ø Jumlah pemain bagi permainan ini adalah dua orang dan lebih dan dimainkan dikawasan yang lapang.
Ø Alatan bagi permainan ini ialah bulu ayam buatan sendiri.
Ø Bulu ayam ini dibuat dengan menggunakan empat helai bulu ayam yang lembut yang diikat di tengah kertas tebal atau pada kepingan getah.
Bentuk titing bulu ayam:
berkenaan bulu ayam yang digunakan, bentuknya sekali imbas hampir menyerupai bulu
tangkis yang ada sekarang ini. Penyediaannya tidak terlalu rumit atau memakan masa
yang panjang. Tidak juga membebankan dari segi modal. Malah boleh dikatakan sesiapa
juga yang ingin bermain mampu membuatnya sendiri. Ada yang perlu ada 3, 4 atau 5
helai bulu ayam yang keras dan sederhana besarnya diikat pada sekeping getah tebal.
Boleh juga gunakan getah tiub tayar. Getah itu terlebih dahulu dipotong bulat dengan
ukuran garis pusatnya kira-kira 4 cm. Getah itu digamkan berlapis-lapis supaya tebal.
Kemudian sebatang paku pendek di cucuk di tengah-tengahnya. Paku itu berfungsi
sebagai pemberat dan sebagai tempat untuk mengikat pangkal bulu-bulu ayam. Maka
siaplah bulu ayam untuk dimainkan.

Membuat Bola
Beberapa bahan asas diperlukan bagi membuat bola bulu ayam ini. Beberapa helai bulu ayam yang terdapat pada ekor atau kepak ayam (tidak kurang dari tiga helai). Sebatang paku sederhana besar, kepingan tiub tayar yang telah dibentuk bulat berukuran antara 4sm. garispusat dan getah skrap atau getah gelang sebagai pengikat.
Beberapa keping getah tiub yang telah dibentuk bulat hendaklah dicucok paku menembusi ditengah-tengahnya. Lima helai bulu ayam sama panjang dilekatkan disekeliling paku tadi dan diikat dengan getah sekrap atau getah gelang dengan kemas. Jika untuk mendapatkan kekemasan bola tersebut sejenis gam yang kuat boleh digunakan sebelum ikatan dibuat.

Cara Bermain
Sebelum permainan dimulakan undian dijalankan terbelih dahulu bagi menentukan giliran. Undian secara lai lai li tam plong untuk semua pemain bagi menentukan siapa yang perlu memulakan terlebih dahulu mengikut gilirannya. Penentuan mata samada jumlah timbangan terbanyak atau penetapan jumlah mata tertentu juga harus dipersetujui terlebih dahulu.
Pemain disyaratkan menimbang bola bulu ayam tersebut dengan menggunakan tepi tumit kaki (tepi kaki sebelah dalam) sahaja atau juga dengan lutut. Sepakan tidak dibenarkan, jika dilakukan oleh pemain, ia dikira mati dan giliran pemain seterusnya mengambil alih pula. Permainan juga dikira mati sekiranya bola jatuh ketanah.
Mata dikira dengan cara, pemain mestilah menimbang bola tanpa henti atau mati dengan seberapa banyak timbangan yang dapat dilakukan. Pemain yang mendapat mata terendah jumlah timbangan dikira kalah, dan ia akan dikenakan denda. Pemain yang kalah dikehendaki melambungkan bola kepada pemenang, dan pemenang pula mestilah menimbang bola sebanyak tiga kali, sekiranya pemenang gagal berbuat demikian maka denda terhadap pemain yang kalah akan dikira tamat.
Pusingan seterusnya boleh dilakukan beberapa kali, pemain yang memenangi disetiap pusingan atau jumlah kemenangan banyak kali dan melebihi dari yang lainnya dikira juara.
Peraturan :
Dari segi peraturan, pemain yang berjaya membuat timbangan yang banyaklah akan
menjadi juara. Bulu ayam perlu di sepak dengan tepi tumit atau sebelah dalam kaki.
Dalam keadaan tertentu, pemain dibenarkan menyambut bulu ayam dengan kepala, dada
atau lutut. Asalkan bukan dengan tangan kerana jika terkena tangan, pemain dikita
"mati". Bagaimanapun timbangan yang dibuat selain daripada kaki tidak dikira. Sebelum
permainan dimulakan, hak memulakan permainan mesti ditentukan.

Satu pencapaian yang dikira memuaskan jika kiraan mencecah tiga angka. Lagi tinggi
kiraan, lagi bersemangatlah bermain. Kiraan pula diiringi gemuruh dengan sorakan
penonton. Pemain kian kental semangatnya. Moga-moga, bulu ayam dapat ditimbangterus dengan elok, tidak terburai dan tidak ditiup angin kencang. Moga-moga si pemain

tidak tersepak akar atau batu dan bulu ayam jatuh ke tanah.
Kumpulan yang jumlah timbangannya paling banyak akan dikira juara.
Bulu ayam yang sudah siap dibuat dengan menggunakan bulu ayam, getah, tiub tayar dan
paku.
Permainan Titing Bulu Ayam atau dikenali sebagai 'Capteh‘.
Subscribe to:
Comments (Atom)